Salah satu Batalion anti pengganas berjaya mengambalikan keamanan di beberapa kawasan penting Biji
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sebuah batalion gabungan askar Iraq dan relawan rakyat telah dikirim untuk membasmi pengganas di kawasan kilang penapisan minyak, di Beiji dan berjaya membasmi elemen pengganas dari kawasan tersebut.
General Abdul Wahhabi al-Sa'di berkata dalam televisyen Iraq, kemasukan pasukan keselamatan ini merupakan nafas baru bagi pembebasan kawasan-kawasan lain di Iraq.
Kilang penapisan minyak Beiji sudah lima bulan dikepung oleh pengganas ISIS, namun sejak beberapa hari lalu pencemaran unsur-unsur pengganas di kawasan terbabit berjaya dibersihkan.
Sementara itu Adil Abdul Mahdi, Menteri Minyak Iraq sudah melancarkan pelan operasi pembaik pulih kawasan kilang yang rosak akibat perbuatan khianat pengganas.
Kata beliau, "Oleh kerana Kilang Penapis Minyak Beiji amat penting, pasukan jurutera dan teknikal kementerian akan menjalankan kerja-kerja pembaikan terutamanya bahagian penyaringan yang menyalurkan minyak untuk keperluan negara setelah keamanan dapat diterapkan."
Beiji sekarang ini menjadi pengkalan askar dalam usaha mengusir ISIS dari kota-kota berhampiran. Kemungkinan Mosul yang menjadi wilayah kedua terbesar di Iraq dan masih berada dalam cengkaman pengganas tersebut akan berjaya dirampas kembali.
Hampir 200 ribu penduduk tinggal di Beiji dan kilang penapis di kawasan ini merupakan pusat penapisan minyak terbesar di Iraq yang memenuhi keperluan hampir 50 peratus keperluan minyak negara ini. Kapasiti pengeluaran loji penapisan minyak ini mencecah 300 ribu tong sehari.




